Ubahsuai Dapur Rumah Teres di Kuala Lumpur & Selangor
Syarikat kami menawarkan pelbagai servis ubahsuai dapur rumah teres di Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Selangor.
Dapur merupakan tempat penyediaan makanan dan kawasan ini juga berfungsi sebagai tempat berkumpul dan beristirehat untuk ahli keluarga. Oleh itu, perancangan untuk pengubahsuaian dan renovasi dapur anda adalah penting.
Terdapat banyak aspek bagi suatu projek renovasi dapur.
Berikut adalah beberapa projek pengubahsuaian dapur yang anda boleh mulakan:
– Pemasangan countertop dapur
– Pemasangan jubin untuk dinding dapur dan lantai
Apakah yang perlu anda diperhatikan semasa merancang renovasi dapur rumah anda?
Sebagai permulaan, kabinet dapur merupakan salah satu perbelanjaan yang paling mahal di dapur. Oleh itu, pemilihan dari segi warna dan kualiti bahan dapur kabinet adalah penting. Pastikan untuk memilih reka bentuk yang fleksibel dan tahan lama supaya memudahkan kerja pembersihan harian di dapur.
Kedua, pencahayaan lampu juga penting di dapur. Trend terkini menunjuk ke arah penggunaan kepada lampu kuning untuk dapur yang dapat memenuhi keperluan estetik dan fungsinya.
Kesalahan Umum Dalam Pengubahsuaian Dapur Rumah
Kekurangan Ruang Countertop
Kesilapan yang sentiasa dilakukan ialah kesilapan dalam kiraan jumlah ruang countertop yang anda perlukan di dapur. Oleh itu, anda digalakkan untuk memasang countertop yang cukup lebar. Kebanyakan daripada barangan dapur sebaiknya disimpan di tempat yang mudah dicari di dapur atas countertop atau ruangan kabinet.
Ruang Simpanan Barang Yang Tidak Mencukupi
Ruang simpanan yang mencukupi sama penting dengan ruang countertop supaya anda dapat menyimpan peralatan dan perkakas dapur serta keperluan harian seperti kopi, teh dan makanan ringan. Kabinet dan laci boleh membantu memastikan dapur anda sentiasa berada dalam keadaan kemas.
Rancangan Pelan Susun Atur yang Kurang Baik
Perancangan pelan dapur yang tidak berfungsi boleh menyebabkan anda mengalami pengalaman yang negatif. Dapur harus dirancang khusus berdasarkan tabiat masak anda, bersama dengan pelan susun atur yang dapat membantu dengan aliran kerja dan gaya hidup keluarga anda.
Pencahayaan Yang Lemah
Pencahayaan dianggap penting untuk setiap bilik di rumah kami. Kesilapan yang sentiasa dilakukan adalah bayang-bayang perkakas sentiasa menghalang cahaya daripada sampai ke permukaan. Oleh itu, anda boleh pasang lampu kabinet bagi menerangi countertop dapur anda dengan lebih berkesan. Walaupun pemasangan lampu kabinet adalah lebih mahal, tetapi bagi pemilik rumah yang sering memasak, anda pasti rasa puas hati dengan faedah yang dibawa oleh lampu kabinet.
Perancangan untuk kerja ubahsuai dapur anda boleh dianggap sebagai tugas yang mencabar, namun, anda harus mencuba untuk menganggap tugasan sebagai pengembaraan dan perkembangan kreativiti lagipun bukan setiap hari anda dapat menghidupkan idea dapur idaman anda.
Hubungi pasukan pakar kontraktor ubahsuai rumah dan dapur kami di KL, Damansara dan Shah Alam untuk maklumat lanjut hari ini.
Servis Renovasi Untuk Bahagian Dalam Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Saya amat gembira sekali dengan hasil kerja ubahsuai dapur rumah teres saya oleh pasukan renovasi rumah syarikat anda. Keluarga saya gembira untuk meluangkan masa bersama-sama di dapur baru rumah kami.
Puan Hamidah
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia