Pasang Bracket TV Dinding di Kuala Lumpur & Selangor
Adakah anda sedang mencari perkhidmatan pasang bracket TV di dinding anda di Kuala Lumpur, Shah Alam, atau Selangor?
Dengan pengalaman kami yang bertahun-tahun untuk tugasan pasang TV LCD atau Plasma Skrin Rata, kami reti memilih bracket TV terbaik untuk pelanggan dan membantu memasangnya di dinding atau siling anda dengan semua wayar elektrik tersembunyi supaya ia kelihatan lebih cantik.
Biar Pasukan Kami Pasang Bracket TV Anda Dengan 3 Langkah Mudah:
- Hubungi Kami & Membuat Janji Temu untuk Pemasangan Bracket TV
- Pilih Cara dan Gaya Pemasangan Bracket TV
- Tonton TV Anda yang Siap Dipasang
Sebab Anda Harus Pasang Bracket TV Dinding:
- Jimat Ruang
- Lebih Baik Untuk Keselamatan Kanak-kanak
- Mengurangkan Tekanan Leher & Sakit Leher
- Lebih Fleksibiliti Dengan Bracket TV Yang Boleh Pusing
- Pengalaman Menonton TV yang Lebih Baik
- Nampak Hebat!
Bracket Dinding TV Yang Paling Popular:
Bracket TV Tetap Jenis Standard
Bracket TV jenis tetap atau standard adalah bracket universal dan juga merupakan cara yang paling mudah dan kos efektif untuk memasang TV anda di dinding. Disebabkan reka bentuknya yang ringkas, bracket ini boleh menahan beban yang berat dan oleh itu ia sesuai untuk kebanyakan jenis dinding, model dan saiz TV.
Bracket TV “Tilt”
Bracket TV “Tilt” adalah sama dengan bracket standard, iaitu ia juga merupakan bracket universal. Selain itu bracket ini adalah bracket yang kukuh dan tahan berat. Selain itu, bracket ini memberi anda keupayaan untuk melaraskan TV anda ke atas atau ke bawah seterusnya mencapai sudut tontonan terbaik dengan kedudukan bracket yang tinggi atau rendah. Bracket ini juga sesuai untuk semua jenis dinding, model dan saiz TV.
Bracket TV Boleh Laras
Bracket TV boleh laras ialah bracket jenis universal yang sesuai untuk TV dan monitor yang lebih kecil. Pertama sekali ianya mempunyai keupayaan untuk dilaras ke kiri atau kanan dan juga ke atas atau ke bawah supaya ia adalah 100% boleh laras dan seterusnya membolehkan anda menonton TV atau monitor dari arah yang berbeza.
Bracket TV Boleh Pusing
Bracket TV boleh pusing ialah bracket universal yang sesuai untuk semua jenama, model dan saiz TV yang lebih berat. Antara semua bracket yang dinyatakan di atas, bracket jenis ini paling serba boleh yang membolehkan pengguna melaraskan TV ke semua arah. Berbeza dengan bracket lain, bracket ini memerlukan dinding yang kukuh untuk dipasang.
Kami akan menawarkan kerja pemasangan bracket TV dengan mudah dengan harga berpatutan untuk semua pelanggan. Tidak kira saiz TV anda, kami akan memasangnya pada dinding anda dengan semua wayar-wayar elektrik disembunyi dengan cantik.
Sebenarnya TV yang besar juga boleh dipasang pada harga yang kompetitif. Dengan ini ia boleh memberikan anda lebih banyak ruang di rumah dan memberikan perasaan rumah yang lebih bersih, teratur dan penampilan keseluruhan yang lebih cantik.
Sila minta pasukan tukang rumah kami untuk membantu anda dengan pemasangan bracket TV dinding hari ini untuk ruang tamu, bilik tamu, pejabat, atau kedai anda.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih untuk servis pasang bracket TV di dinding ruang tamu saya. Kerja pemasangan adalah cekap dan wayar-wayar TV disembunyikan dengan rapi dan baik sekali.
Puan Rahmahwati
Soalan Lazim
Adakah terdapat pelbagai jenis bracket TV?
Terdapat beberapa jenis bracket TV dinding untuk dipertimbangkan: Bracket tetap, bracket boleh laras, bracket di bawah kabinet, dan bracket siling. Semua jenis bracket ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Untuk maklumat lebih lanjut sila tanya pasukan kami.
Terdapat pelbagai gaya dan model bracket yang sesuai untuk setiap rumah dan TV. Hubungi kami untuk membincangkan pilihan bracket TV dinding yang terbaik untuk rumah anda.
Adakah saya perlu membekalkan bracket TV sendiri?
Tidak, kami boleh membekalkan bracket TV sebagai sebahagian daripada servis pemasangan. Pasukan kami boleh membantu anda untuk membeli bracket TV mengikut gaya yang anda suka.
Dimanakah saya boleh memasang TV saya?
Pemilihan tempat untuk meletakkan TV adalah bahagian paling sukar dalam pemasangan ini kerana tugas pemasangan pada dinding sebenarnya adalah langkah paling mudah. Kami boleh memasang TV anda di kebanyakan tempat yang diinginkan.
Selain itu, jika anda tidak mempunyai soket TV di pada tempat yang anda ingin memasang TV tersebut, tiada masalah, kami boleh membantu anda memasang soket TV yang baru.
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia