Pasang Tombol Pintu di Kuala Lumpur & Selangor
Kami menyediakan perkhidmatan pasang tombol pintu yang boleh dipercayai dan cekap di Kuala Lumpur dan Selangor.
Jangan biarkan pintu rosak dan tombol pintu yang tidak berfungsi di rumah. Dapatkan bantuan pakar pintu kami dengan segera! Kami mempunyai tukang pintu yang akan memberikan penyelesaian untuk pelbagai tugas pemasangan dan kerja baiki pintu. Oleh itu, jika anda berasa bahawa kelengkapan pintu anda tidak lagi berfungsi dengan baik, kami akan menggantikan kelengkapan pintu yang baru untuk anda dalam masa yang singkat.
Pakar pintu kami yang berpengalaman berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan pemasangan tombol pintu jenis tahan lasak yang boleh dipercayai pada harga yang berpatutan.
Walaupun pemegang pintu adalah elemen penting untuk memberikan imej yang bergaya untuk kediaman anda, ketahanannya juga merupakan elemen yang sangat penting. Kami percaya semua orang pernah melihat pintu yang tidak mempunyai pemegang, di mana hanya terdapat satu lubang di tempat asal pemegangnya terdahulu dan pintu tersebut boleh ditolak dan lalu terbuka lebar, ini merupakan keadaan yang pelik. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh kerja pemasangan yang buruk atau produk yang tidak berkualiti.
Kami boleh memasang tombol pintu yang sedia ada. Kami juga dengan senang hati akan membantu mencari set pintu yang sesuai selain membantu anda membeli tombol pintu yang akan dipasang.
Sebenarnya, terdapat pelbagai kelengkapan pintu yang berlainan. Kelengkapan pintu biasanya terdiri daripada set pemegang, selak atau kunci dan engsel.
Kami juga membantu memasangkan kelengkapan pintu lain:
– Penutup pintu untuk mengurangkan bunyi dan debu.
– Pemasangan lubang pengintip pintu. Lubang pengintip pintu membolehkan anda melihat orang yang berada di pintu depan anda tanpa perlu membuka pintu.
– Pemasangan penutup pintu. Kami membekalkan dan memasang penutup pintu dan kelengkapan pintu untuk kediaman, pejabat dan kedai.
– Pemasangan hentian pintu. Pemasangan hentian pintu di lantai dan di dinding. Hentian pintu dapat melindungi dinding rumah daripada pemegang pintu dan pintu.
– Pemasangan rantai pintu untuk pintu keselamatan
– Memberi bekalan kelengkapan dan perhidmatan pemasangan engsel pintu untuk pelbagai penggunaan pintu dan untuk reka bentuk pintu yang berbeza seperti engsel pintu jenis tersembunyi dan engsel pintu yang boleh menutup dengan automatik.
Perkhidmatan membaiki pintu kami merangkumi kerja membaiki pintu dan kunci pintu yang rosak akibat kerosakan dari kes pencurian. Kami juga boleh memasang tingkap dan pintu dengan selamat untuk bangunan atau rumah anda sehingga kerja-kerja pemulihan tempat disiapkan.
Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan pemasangan tombol pintu dan perkhidmatan lain untuk pembaikian pintu di Lembah Klang. Tukang pintu kami adalah terlatih dan berpengalaman untuk memperbaiki pelbagai jenis tombol pintu, dan juga akan menggantinya jika ia sudah tidak dapat diperbaiki. Jika anda tidak pasti dengan masalah pintu anda, anda boleh menghubungi kami dan kami akan menghantar pakar pintu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kami adalah pakar pintu dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam industri pemasangan dan membaiki pintu. Kami mengetahui perbezaan antara pemegang pintu yang bagus dan berkualiti dengan pemegang pintu yang akan mudah rosak setelah digunakan. Dengan mengetahui perbezaan ini, kami hanya memilih tombol pintu yang berkualiti sebelum kami mencadangkan tombol pintu tersebut kepada pelanggan kami.
Hubungi kami dengan menghantar mesej, atau emel kami dan kami akan memberikan anda semua maklumat yang anda perlukan.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Tombol pintu depan rumah saya telah rosak dan perlu ditukar. Terima kasih kepada pasukan anda kerana membantu kami menukar tombol pintu yang baru dengan cepat.
Puan Hazirah
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia